spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Dah lama sabar, jumpa di mahkamah! – Puteri Sarah

- Advertisement -spot_img


KUALA LUMPUR : Sebenarnya saya sudah lama bersabar dan bertahan tapi sekarang ini saya sudah mempunyai bukti kukuh untuk membawa perkara yang berlaku ke mahkamah.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi butiran lanjut mengenai tujuan dan tindakan saman yang bakal dibuat.”

Demikian luah pelakon Puteri Sarah Liyana yang berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu setelah lama memendam rasa rasa.

Puteri Sarah, 37, berkata, dia nekad untuk membawa masalah yang berlaku ke muka pengadilan dan sudah melantik peguam untuk berbincang mengenai perihal itu.

“Tunggu dan lihat apa yang bakal saya lakukan. Cuma buat masa ini beri saya ruang untuk berbincang dengan peguam saya.

“Saya akui nak failkan saman ini kosnya tidak murah tapi saya sudah lama bersabar dengan perkara ini. Saya mahu undang-undang membuktikan isu yang berlaku,” katanya.

Pelakon wanita itu bagaimana pun memilih untuk tidak memperincikan butir lanjut berhubung isu berkenaan. 

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases