spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Rumah Terbuka Aidilfitri bukti penerimaan rakyat terhadap pemimpin

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

WANGSA MAJU : Kemeriahan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri selepas dua tahun rakyat tidak menikmati suasana Raya sebenar benar-benar luar biasa.

Rakyat berbaju Melayu dan kurung hampir setiap hari bagi memenuhi jemputan Rumah Terbuka dianjurkan agensi atau pemimpin.

Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang memberi kelonggaran SOP, rakyat benar-benar hargai dan menikmati suasana luar biasa Raya tahun ini.

Di sebalik kemeriahan Rumah Terbuka, ia sebenarnya memberi gambaran sebenar penerimaan rakyat terhadap pemimpin yang menganjurkan.

Penulis yang turut menghadiri Rumah Terbuka setiap hari melihat ada perbezaannya, ada yang kehadirannya kurang ada kehadirannya luar biasa hebat dan melebihi jangkaan.

Sebagai contoh Rumah Terbuka Aidilfitri Tan Sri Noh Omar apabila jemputan yang hadirnya Perdana Menteri, jangkaan awal adalah 5,000 tetamu tetapi kehadiran sebenar berganda iaitu lebih 10,000 orang pelbagai bangsa.

Begitu juga Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri yang menerima lebih 100,000 kehadiran, termasuk dari luar negara.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah berkata, sambutan luar biasa rakyat setiap kali pemimpin Barisan Nasional anjurkan boleh dilihat jelas.

“Kehadiran mesti lebih dari jangkaan kerana mereka teruja untuk bertemu lebih dekat pemimpin mereka.

“Ini memberi mesej positif rakyat sudah mula menilai semula peranan BN dan di sini peluang kita untuk berjumpa sendiri akar umbi dan rakyat, kita ada 60 cawangan.

“Di sini pemimpin mendengar keluh kesah rakyat secara bersemuka. Jika penerimaan sebeginilah makna BN berada pada kedudukan selesa untuk bergerak solo,” katanya ketika hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Wangsa Maju di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases