spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Laksana segera Dasar Agromakanan demi sekuriti bekalan makanan rakyat

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Kerajaan harus segera melaksanakan dan memperkasakan Dasar Agromakanan Negara 2.0 yang bagi melindungi bekalan makanan rakyat daripada sebarang isu monopoli atau faktor global.

Penganalisis Ekonomi dari Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, dasar berkenaan amat baik kerana ia menggalakkan sepenuhnya golongan peladang, penternak dan nelayan untuk menghasilkan sendiri sumber makanan terus kepada rakyat.

“Ia juga menggalakkan alam usaha mentransformasi sektor berkenaan dalam era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).
“Aktiviti pengeluaran, lepas tuai, pemborongan, peruncitan dan pengedaran akan berkembang tanpa monopoli, dalam erti kata lain harga makanan mustahil tak boleh turun.

“Ia dicadangkan tahun lalu dan kerajaan perlu gerakkan segala jentera kerajaan untuk laksanakan dasar ni, jangan pandai buat dasar sahaja tapi pelaksanaannya tiada,” katanya.

Beliau mengulas langkah kerajaan memansuhkan keperluan AP terhadap bahan makanan berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan perkara itu berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

Dengan pemansuhan keperluan berkenaan, sesiapa sahaja boleh mengimport makanan ke negara ini sebagai antara usaha menangani isu keselamatan makanan.

Tambah Razman, beliau merasakan ini langkah jangka masa pendek, untuk membolehkan lebih banyak pengimport makanan membawa makanan masuk dengan lebih murah kerana tidak perlu mendapatkan AP.

“Namun risikonya harga barangan import kekal mahal masih ada kerana walaupun tidak ada lagi AP, dengan Ringgit yang lemah serta gangguan bekalan makanan global, harga makanan import akan kekal tinggi walaupun tiada AP.

“Hapus AP bermakna hapus monopoli dan disebabkan itu harga sepatutnya turun, tetapi disebabkan faktor global, mungkin penurunan harga itu tidak berlaku

“Bekalan makanan mungkin sedikit terjejas tetapi tidak kritikal kerana kita membeli makanan dari pelbagai negara dan tidak hanya dari satu sumber

“Solusinya ialah kerajaan perlu lancarkan segera dasar tahun lepas, dengan melaksanakan segala pelan tindakan di bawah dasar,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases