spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Aliff Syukri mahu saman individu gelarnya ‘memondan’

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Aliff Syukri mahu mengemukakan saman berjumlah RM1 juta terhadap individu yang menuduhnya berkelakuan seperti sifat perempuan dalam klip video muzik lagu baharunya, Kelepok Raya.

Aliff Syukri yang juga usahawan selebriti, 35, berkata, kenyataan dimuat naik individu itu mendakwa dia ‘memondan’ di media sosial dianggap keterlaluan.

“Dia tak patut kata macam tu. Tak kisah kalau dia nak kutuk suara saya, sebab sebelum ini pun ramai juga artis yang mengata saya. Tapi saya okay dan tak kisah sebab tak membabitkan perkara sensitif. Namun, apabila dia menyentuh perkara lain dan petik nama, ia satu fitnah.

“Jadi, saya sudah serahkan perkara ini pada peguam. Saya nak saman dia RM1 juta. Biar pihak berwajib buat kerja,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Aliff Syukri berkata, kenyataan dikeluarkan individu seolah sengaja mahu memalukan dirinya pada umum.

“Saya pakai baju Melayu dalam video muzik itu. Saya bukan berpakaian wanita. Jadi, sangat tak wajar dia cakap macam tu.

“Saya jenis tak suka cari gaduh dengan orang. Saya pun tak pernah kenal dia siapa,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases