spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

2,666 Perwakilan Pemuda UMNO perlu hadir PAU Khas – Ahmad Maslan

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

SHAH ALAM : Bangkitlah,jangan sesal nanti,madu bumi yang kekeringan,isi laut kekosongan,
dan perut belantara menjadi ladang, – demikian sebahagian rangkap sajak Bangkitlah nukilan pemuisi tersohor, Rejab F.I dalam antologi Dirgahayu Bahasaku.

Indah bahasanya, secara amnya bertemakan patriotisme ditujukan kepada anak bangsa supaya tidak mensia-siakan peluang memajukan diri dan masyarakat, demi kehidupan lebih baik pada generasi akan datang.

Begitulah seruan UMNO, bahawa semua 2,666 perwakilan Pemudanya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2021) perlu hadir pada PAU Khas, pada 14 Mei ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi Facebooknya pada Selasa, berkata, perkara itu adalah antara beberapa keputusan utama Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 14 April lalu.

Ia dimaklumkan menerusi Mesyuarat Exco Pemuda parti yang dihadirinya, pada Selasa.

“Hadir Mesyuarat Exco Pemuda sebagai Setiausaha Agung UMNO untuk memaklumkan beberapa keputusan utama Mesyuarat MKT UMNO 14 April 2022 bagi tindakan mereka.

“Antaranya semua 2,666 orang perwakilan pada PAU 2021 mesti hadir pada Perhimpunan Agung Khas Mei ini. Selamat berjuang wahai Pemuda, Bangkit Kembali,” katanya.

Dimaklumkan, PAU Khas itu diadakan bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti dan pelaksanaan persidangan terbabit sebagaimana keputusan sebulat suara usul PAU 2021.

Dilaporkan, MKT UMNO yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan mesyuarat pada Khamis lalu, di Ibu Pejabat UMNO, di sini.

Dalam mesyuarat itu turut membincangkan perkara berkaitan pembentangan Akta Anti Lompat Parti.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases