spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

‘Banned mentality’ punca rakyat ‘banned’ pemimpin

- Advertisement -spot_img

Kita semua sedia maklum Ahli Parlimen juga digelar sebagai ‘Law Maker’ dan sebahagian mereka entah di mana silapnya memiliki pandangan sempit dan mengamalkan ‘banned mentality’.

Apa itu ‘banned mentality’? Itulah yang kita lihat berlaku di sekolah-sekolah sejak kecil.

Contoh, semua pelajar akan dilarang, ditegah memakai tali pinggang kulit dengan alasan tali pinggang itu boleh digunakan sebagai alat senjata untuk bergaduh.

Dilarang menyinsing, melipat lengan baju kerana boleh nampak seperti samseng.

Mentaliti melarang itu dan ini sejak dari sekolah terbawa-bawa apabila generasi berkenaan menjadi Ahli Parlimen.

Mereka memiliki sikap, apabila terdapat isu-isu baharu tanpa ada kajian mendalam atau info tambahan, mereka terus ‘banned’, tindakan pantas dan cepat daripada mengkaji punca permasalahan.

Perkara yang nampak pelik, ganjil segera digubal undang-undang untuk larang.

Contoh Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dimansuhkan di Dewan Rakyat hanya selepas empat bulan diwartakan.

Akta ini asalnya bermula untuk ‘banned’ penulisan yang tular di media sosial, tidak selari dengan kerajaan ketika itu.

Sebaik kerajaan itu kalah, undang-undang itu sendiri dimansuhkan oleh kerajaan baharu menang pilihan raya.

Tidak lama kemudian ada anggota kerajaan baharu menzahirkan kekesalan kerana memansuhkan undang-undang itu.

Masyarakat tidak tahu berapa banyak ‘overtime’ yang telah dibazirkan, kos logistik sesuatu Rang Undang-undang serta kajiannya untuk dibawa ke Parlimen dan akhirnya ia dijalankan dan batal dek mentaliti ini.

‘Banned mentality’ adalah strategi mudah untuk cepat popular dan mendapatkan sokongan ramai walaupun dalam jangka masa panjang ia akan merugikan negara, malah rakyat.

Contoh ‘banned mentality’ dalam bidang ekonomi, undang-undang berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikuatkuasakan pada 2015 telah dibatalkan dengan mudah pada 2018.

Sedangkan setahun sebelum itu, segala mak nenek kempen kebaikan GST kononnya setaraf negara maju sia-sia belaka.

Peniaga-peniaga lebih maklum berapa kos bayaran sistem komputer dan program latihan dan masa staf yang telah ditanggung.

Pandangan cerdik pandai, akademi universiti, termasuk pegawai berkaitan ditolak mentah-mentah kerana beranggapan tidak mahu membazirkan masa mengkaji sesuatu masalah dari sudut lain.

Contoh ‘banned mentality’, berkaitan pengangkutan awam, sebelum 2018 kenderaan awam dilarang guna cermin gelap.

Pemandu yang memiliki kenderaan cermin gelap jika ditahan di jalan raya, akan diberi saman dan diminta mengoyakkan lapisan gelap terbabit.

Undang-undang ini berubah apabila Ahli Parlimen pembangkang setuju dengan pandangan rakyat pada 2018.

Perangai ‘banned mentality’ ini juga berlaku dalam dunia hiburan dan media.

Berkaitan isu Covid-19 kita menyaksikan virus penyakit ini menyebabkan hampir seluruh negara di dunia menerima penyeragaman prosedur berkaitan kawalan penyakit berjangkit.

Malaysia pula terlebih ” banned” siapa tidak pakai ‘mask’ ditangkap dikompaun masuk penjara.

Kesimpulannya pada tahun 2022 ini selaras dengan kemajuan teknologi dunia dimana implementasi syarat WHO berkaitan COVID-19 di seluruh dunia, maka seharusnya negara ini mendapat Ahli Parlimen yang lebih baik lebih cerdik membantu menggubal undang-undang untuk beri ‘reward’ tidak lagi ‘punishment’.

Malah ketika ini mereka buat Akta 342 yang lebih kepada menghukum bukan mendidik atau mencegah, hanya mendatangkan kemarahan dan kegusaran awam.

Contoh di negara Thailand jika anda ada lesen memandu dan tiada rekod kemalangan dalam tempoh lima tahun selepas lulus, bayaran lesen untuk tahun ke enam adalah free for life.

Kita mahu perubahan Ahli Parlimen seharusnya memiliki kemahiran berfikir di luar kotak atau menggunakan pemikiran kreatif kurangkan beban kepada rakyat dan kurangkan penguatkuasaan keterlaluan.

Cukuplah undang-undang sedia ada sebagai ‘punishment’ yang telah wujud pada zaman British lagi.

Binalah undang-undang untuk ‘reward’ rakyat yang patuh tidak pernah kemalangan kenderaan sewajarnya diberikan diskaun cukai jalan. Itu undang-undang reward.

Dalam tempoh PKP, usaha didik rakyat sepatutnya digunakan untuk didik rakyat prihatin bukan menghukum.

Tetapi Ahli Parlimen ini dengan mudahnya mahu meluluskan undang-undang seperti Akta Tiga Empat Dua tangkap kompaun, dan penjarakan rakyat yang melanggar SOP.

Ini mengelirukan kerana dalam kerajaan panik cari solusi menangani covid, rakyat juga mahu bersama kerajaan memahami bahayanya Covid-19 tetapi sikap banned mentaliti menghukum rakyat. Segala berita mengenai endemik dianggap palsu.

Ahli Parlimen perlu berfikir adakah Ahli Parlimen sedia tindakan rakyat untuk ‘banned’ mereka daripada terus di Parlimen pada masa akan datang?

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases