MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim akan mencabar jawatan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada pemilihan penggal 2022/2025 badan induk itu 12 Jun ini.
Shahidan akan merebut jawatan itu yang turut dipertahankan penyandangnya
Datuk SM Muthu.
Selain itu, seorang lagi yang turut dicalonkan bagi merebut kerusi nombor satu badan induk itu ialah Nurhayati Karim yang menerima pencalonan daripada Persatuan Olahraga Perak (POP) sekali gus bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru, lapor Berita Harian.
Shahidan bukanlah asing buat KOM apabila pernah menerajui badan induk itu pada 2006 hingga 2012 tetapi terpaksa melepaskan jawatan berkenaan selepas tewas di tangan Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam pemilihan bagi penggal 2013-2015.
Muthu pula dipilih sebagai presiden baharu KOM bagi penggal 2019/2022 selepas menewaskan Datuk Karim Ibrahim yang juga penyandang jawatan ketika itu dengan kelebihan tiga undi manakala Nurhayati yang dianggap muka baharu pula adalah bekas atlet olahraga Selangor era 1990-an. – Wacanakini