spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Tak pasti jangan kongsi, DBKL nafi banjir kilat teruk di KL

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Menerusi laman Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan video TikTok yang tular mengenai kejadian banjir sejak semalam.

“Sehingga jam 2 petang tadi, tidak berlaku di kawasan KL Sentral seperti yang digambarkan dan para petugas DBKL sentiasa bersiap siaga di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti.

“Ia bagi memastikan kelancaran trafik serta memastikan kejadian air bertakung dapat diipulihkan dengan segera.

“Sekali lagi ingin ditegaskan, ini merupakan video kejadian lama.

“DBKL juga sentiasa mengemaskini situasi semasa di media sosial termasuk memaklumkan lokasi-lokasi kejadian banjir kilat terkini,” kata kenyataan itu hari ini.

Sejajar harapan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu DBKL sentiasa bersedia setiap hari, Skuad Penyelamat DBKL terdiri daripada 20 petugas sudah berada di setiap lokasi ‘hotspot’.

Isu banjir kilat hari ini selesai kurang sejam selepas hujan lebat.

Para petugas DBKL telah berada di lokasi bagi kerja-kerja mengalihkan air bertakung dan kawalan lalulintas.
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases