spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

SPAD bazir duit rakyat, beri jawatan kepada kroni sahaja

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : “Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak wajar dihidupkan kembalikan kerana badan itu dilihat membazir duit rakyat, hanya untuk beri jawatan kepada kroni sahaja, ” kata Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia, Kamarudin Mohd Hussain.

“Saya tidak nampak fungsinya kerana kita ada Polis Trafik, ada Jabatan Pengangkutan Jalan bagi sebarang penguatkuasaan pengangkutan awam.

“Sebelum ini kita lihat wujud pertindihan kuasa antara tiga agensi itu sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat, membebankan penguatkuasa.

“Jika nak perkasa penguatkuasaan, tambahlah anggota JPJ dan polis, tak perlupun agensi lain kerana negara ketika ini hendak pulihkan ekonomi bukannya menambah beban rakyat,” katanya Wacanakini.com.

Beliau adalah orang yang berkempen habis-habisan sehingga SPAD ditutup pada 2018 berikutan suruhanjaya itu telah menzalimi ratusan ribu keluarga pemandu teksi atau kereta sewa.

“Ratusan ribu pemandu teksi atau kereta sewa kehilangan sumber pendapatan akibat penyalahgunaan kuasa oleh SPAD, dengan mewujudkan peraturan double standard di antara teksi dan E-hailing, walhal kedua-kedua perkhidmatan tersebut menjalankan satu aktiviti yang sama, yaitu mengambil penumpang dari satu destinasi ke satu destinasi dengan mengenakan sesuatu kadar upah.

“Peraturan yang SPAD wujudkan bukan sahaja telah memberi kuasa penuh kepada syarikat-syarikat kapatilis mengaut keuntungan diatas penderitaan rakyat (pemandu) bahkan peraturan tersebut membolehkan mereka menindas pemandu, termasuk bas dan lori.

“Selama SPAD berkuasa, mereka menguatkuasa undang-undang tanpa perikemanusiaan, malah kompaun-kompaun yang dikenakan juga terlalu tinggi dan maha zalim.

“Sehubungan dengan itu, saya berharap Kerajaan tidak akan mengembalikan semula SPAD seperti yang dicadangkan oleh salah seorang mantan pegawai SPAD yang bertanggungjawap menjahanamkan industri pengangkutan darat Negara selama ini,” katanya.

Kerajaan sebelum ini tidak bercadang untuk menubuhkan semula SPAD yang telah dimansuhkan sebelum ini memandangkan peranan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah memadai.

Peranan dan pembangunan sektor pengangkutan awam darat yang dahulunya di bawah SPAD kini dikekalkan di bawah APAD.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases