spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan, DBKL tetap kerja 1 Syawal

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : 1 Syawal adalah hari sambutan Aidilfitri bagi umat Islam seluruh dunia, di mana ini adalah peluang untuk bersama keluarga dan sahabat.

Namun tarikh ini, segelintir staf Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih menyarungkan uniform mereka untuk meninjau lokasi yang dinaiki air selepas beberapa jam hujan lebat.

Mereka tanpa putus asa atau kenal erti penat lelah tetap melaksanakan tugas bagi membantu memberi kesenangan kepada rakyat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Seri Shahidan Kassim dengan berbaju Melayu lengkap bersamping turut sama membuat rondaan sejurus selesai solat sunat Hari Raya.

Beliau menjelaskan, sebanyak 25 ‘spot’ dibuka untuk pasukan sukarelawan DBKL sebagai langkah segera untuk mendapat maklum balas situasi paras air jika berlakunya hujan.

“Jika ada berita terkini, sukarelawan ini akan terus mengambil tindakan pencegahan agar kita boleh menangani isu banjir kilat di Kuala Lumpur dengan lebih proaktif.

“Di semua 25 spot ini kita sediakan pam,” katanya ketika hadir ke lokasi takungan air di atas jalan ekoran hujan lebat berhampiran Sasana Kijang.

Pasukan DBKL telah bergegas ke lapangan untuk mengawal keadaan dan membantu mereka yang terkandas.

Pengarah Eksekutif Pelaksanaan Projek DBKL, Datuk Azmi Abdul Hamid yang turun ke lapangan berkata, pihaknya akan menyelesaikan masalah secara impromptu.

“Kami buat beberapa percubaan, selesaikan isu satu persatu satu usaha yang agak baik sebagai solusi isu banjir kilat.

“Longkang tersumbat, gelonsor tanah, pokok tumbang, sampah sarap dan sebagainya antara bukti yang kukuh punca berlakunya banjir,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases