spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Selepas Zuraida, seorang lagi pemimpin politik keluar parti

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

JOHOR BAHRU : Dalam tempoh tidak kurang 24 jam selepas mantan ahli PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin, menarik diri sebagai ahli BERSATU untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), hari ini, Datuk Tee Siew Kiong pula mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Ampang itu.

Siew Kiong yang juga mantan Setiausaha MCA Pusat, meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian MCA Pontian, sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.

Siew Kiong, 58, juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang membuat keputusan itu selepas mengambil kira penggantungan keahliannya selama lima tahun bermula pada 13 Mei lalu.

Bagaimanapun, Siew Kiong tidak akan berhasrat menyertai mana-mana parti lain buat masa ini.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases