spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Sambutan ulang tahun rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-XVI Peringkat Negeri Sarawak di Kapit

- Advertisement -spot_img

Oleh: ARRIAN ZAYNE

KUCHING: Bahagian Kapit diberi penghormatan untuk meraikan sambutan ulang tahun rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-XVI Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2022 pada 5 hingga 6 Jun ini.

Menteri di Pejabat Premier Sarawak, Datuk John Sike dalam sidang media hari ini mendedahkan acara tonggak ini akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib di Kapit Town Square.

Sebagai pembuka tirai beliau memberitahu persembahan Ngajat Pua Kumbu akan mewarnai pentas utama.

“Satu tayangan video khas bertajuk ‘Mahkota Di-Raja’ akan diterbitkan untuk dipertontonkan pada sambutan ini,” katanya video akan memaparkan keunikkan Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia.

Seperti sambutan pada tahun 2020, beliau mendedahkan tahun ini Sarawak turut menerbitkan sebuah lagu khas berjuduk Simfoni Tuanku untuk meraikan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, kata John masyarakat Kapit turut dihiburkan dengan Konsert Simfoni diiringi orkestra yang akan
menampilkan penyanyi-penyanyi tempatan Sarawak.

“Masyarakat Kapit juga akan dihiburkan dengan dramatari berjudul Lagenda Menggin dan Tinchin Temaga yang mengisahkan lagenda Iban tentang percintaan antara seorang Manusia (Menggin) dan Dewi (Tinchin Temaga). Menggin merupakan seorang pemburu yang handal,” ujarnya.

Seterusnya, John mendedahkan orang ramai juga akan dipersembahkan medley lagu-lagu etnik Sarawak.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases