Oleh Tun Puteh Wanti
BANGI : Bangunan tiga tingkat di Atmosphere Seri Kembangan menjadi hub pendidikan antarabangsa dibuka untuk kanak-kanak dari usia empat tahun hingga Ijazah Doktor Falsarah (PHD).
Uniknya pusat pendidikan ini kerana satu-satunya yang menempatkan taska, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti di bawah satu bumbung.
ReeD-Qew menekankan explorasi kebolehan diri berbanding pencapaian akademik, memberi peluang kepada semua peringkat masyarakat untuk menimba ilmu tanpa mengambil kira usia.
Naib Presidennya Prof Dr Nagarajah Lee berkata, asas pendidikan adalah berkait rapat pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) kerana ia sejajar dengan revolusi industri 4.0 ketika ini.
“Zaman sudah berubah, peluang pekerjaan lebih banyak menawarkan mereka yang ada potensi dan kemahiran diri.
“Sehubungan itu, di ReeD-Qew kami menawarkan pelajar berfikir secara kreatif bukan sahaja pencapaian akademik seseorang tetapi juga mengcungkil apa lagi kemahiran sedia ada,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pembukaan pendidikan hub berkenaan.
Turut hadir, Presiden ReeD-Qew, KC Wong, JMB Komuniti The Atmosphere, Datuk Philip Chan Keong, Presiden Qew, Mr Michael Jay dan Ketua Pegawai Eksekutif Qew, Marapan Ramman.
Hub pendidikan itu mensasarkan 200 lepasan sekolah dan 500 graduan kolej yang berjaya menamatkan pengajian.
Tambah Nagarajah, pihaknya berkerjasama dengan Yayasan Bantuan Pendidikan Malaysia menawarkan biasiswa kepada anak-anak daripada keluarga kurang kemampuan atau golongan B40.
“Kami memberi ruang dan peluang yang sama untuk setiap individu menuntut ilmu di sini, tanpa kira usia, latar ekonomi malah kami juga menyediakan pendidikan khas untuk pelajar berkeperluan khas (istimewa dan kurang upaya).
“Beberapa program pengajian dari Universiti Wilmington Metropolitan, US, Univeristi Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) turut ditawarkan di sini.
“ReeD-Qew ketika ini memiliki tiga kampus iaitu di Seri Kembangan, Serdang dan Rawang,” katanya.
Bagi sebarang pertanyaan boleh hubungi enquiry@qew.edu.my.