spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Pindaan RUU Hutan, 2022 beri kuasa kerajaan Sarawak jana RM315 juta setahun daripada aktiviti karbon hutan

- Advertisement -spot_img

Oleh: ARRIAN ZAYNE

KUCHING: Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Hutan, 2022 akan memberi kuasa kepada kerajaan Sarawak untuk memperoleh pendapatan baharu sekitar RM315 juta setahun daripada aktiviti karbon hutan.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sumber pendapatan baharu itu dikutip menerusi royalti, levi atau cukai daripada aktiviti karbon hutan di seluruh negeri.

“Ia merangkumi harga karbon bank dunia semasa iaitu sebanyak USD$5 setiap tan karbon dengan anggaran 30 peratus daripada hutan kekal mempunyai unit kredit karbon menghasilkan karbon pada kadar 200 tan karbon perhektar,” katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua berkata demikian membentangkan pindaan RUU Hutan, 2022 pada Persidangan Hari Ketiga Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 hari ini.

“Aktiviti Karbon Hutan akan dihasilkan di hutan kekal di negeri ini melalui stok karbon dan stok gas rumah hijau (GHG),” jelasnya.

Kelulusan pindaan RUU kata Awang Tengah akan mengangkat klasifikasi baharu hutan kekal iaitu hutan lipur bagi tujuan penyelidikan, pendidikan dan rekreasi selain dinamik industri perkayuan Sarawak akan berubah.

“Pindaan RUU juga menjadikan sumber hutan dilaksanakan secara pengewangan tanpa memusnahkan hasil bumi,” ujarnya sekali gus hasrat kerajaan untuk melangsaikan penjagaan hutan secara lestari terhadap sumbernya.

Tegas Awang Tengah pindaan RUU turut memperlihatkan komitmen kerajaan Sarawak meminimakan kesan perubahan iklim serta mematuhi protokol lestari hasil alam sekitar menerusi pengurusan hutan Sarawak.

“Di bawah Rang Undang-Undang ini, lesen untuk Aktiviti Karbon Hutan akan dikeluarkan setelah pembayaran fi dan caj yang diperlukan,” jelasnya selepas pemberian lesen, Pemegang Lesen akan diberikan hak milik penuh berfaedah dan sah kepada stok karbon atau stok GHG yang dicipta olehnya dan unit kredit karbon yang dikeluarkan oleh Piawaian Karbon berkenaan dengan Pengurangan Pelepasan yang dicapai oleh Aktiviti Karbon Hutan.

Jelas Awang Tengah lagi sistem pelesenan ini juga membenarkan mereka yang melabur dalam Aktiviti Karbon Hutan dilindungi oleh undang-undang seterusnya aktiviti di hutan Sarawak dapat dipromosikan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases