spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Op HRA : 5,987 pelaku jalan raya berdepan tindakan, tidak boleh dikompaun

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Seramai 5,987 pengguna jalan raya melanggar peraturan berdasarkan laporan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) pada hari pertama Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2022, bakal berdepan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun.

Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), malam tadi, operasi HRA 2022 itu sudah bermula semalam dan berakhir pada 8 Mei depan.

Dalam kenyataan itu, daripada jumlah berkenaan, masing-masing 5,021 daripada 750,903 kenderaan yang melewati kamera AWAS di lebuh raya dikesan melanggar had laju dibenarkan.

Baki sejumlah 966 daripada 236,671 kenderaan yang melewati kamera AWAS di lampu isyarat pula, didapati melanggar lampu merah.

Kenyataan itu menyebut, kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar isyarat lampu merah adalah yang tertinggi dilakukan pengguna jalan raya.

Justeru, kenyataan menyatakan, pelaku kedua-dua kesalahan akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun mengikut Seksyen 79 Akta 333 (JPJ).

“Sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM2,000. Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan seterusnya menurunkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya,“ demikian kenyataan berkenaan.

Dilaporkan, sebanyak 29 kamera AWAS dipasang bagi memantau kesalahan memandu melebihi had laju dan 16 untuk memantau kesalahan melanggar lampu isyarat merah beroperasi sepenuhnya sejak semalam.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases