spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Maut tersepit treler tepung terbalik

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

GERIK : Seorang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dengan muatan tepung terbalik di Kilometer 24, Jalan Raya Timur Barat (JRTB), di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, pemandu treler, Adzri Mat, 43, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala kelindan, cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.38 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati treler terbabit terbalik ke bahu jalan dipercayai akibat hilang kawalan dan mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit.

Justeru, anggota bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan keselamatan khas sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

“Mangsa diserahkan kepada polis dan ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi tamat pada jam 9.55 pagi.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases