spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Lebih RM500,000 dana Tekun bantu bekas banduan jadi usahawan

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR: Berlaku adil terhadap setiap insan adalah dituntut dalam agama.

Adil ini termasuklah dalam menilai, menghukum dan memberi peluang yang sama untuk berubah dan berjaya.

Berpaksikan inilah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional dan pembiayaan khas lain berjumlah RM531,000 sejak 2006 hingga 30 April lalu telah membantu 35 bekas banduan seluruh negara.

Selain itu sebanyak RM773,000 telah diberikan kepada 58 peminjam Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan sejumlah RM65,000 dikeluarkan kepada lima peminjam skim pembiayaan peluang kedua.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, pembiayaan itu dapat membantu bekas banduan ini contohnya agar kembali menyumbang kepada masyarakat.

“Kita nak berikan peluang kedua kepada mereka. Ini adalah satu usaha kerajaan beri bantuan kepada golongan-golongan yang terpinggir seperti bekas banduan.

“Siapa lagi nak bela mereka dan bawa mereka kembali kepada masyarakat jika bukan kita” katanya selepas merasmikan Program Usahawan baharu dalam kalangan bekas banduan di Four Seasons Hotel, persiaran KLCC hari ini.

Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK).

Noh mengakui program pembiayaan kepada bekas banduan sebelum ini kurang mendapat sambutan kerana tidak diwar-warkan walaupun ada kerjasama dengan pihak penjara.

“Satu memorandum persefahaman (MoU) antara PERGAK dan Tekun Nasional akan ditandatangani bagi memberi peluang kepada bekas banduan menjadi usahawan.

“Pergak selepas ini akan ditugaskan untuk “turun padang” bersama mencari bekas banduan, beri latihan kepada mereka untuk menjadi usahawan dan memantau untuk pastikan mereka benar-benar terlibat kembali kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pergak, Siti Murni Sheikh Ahmad berkata, program dijalankannya selama tiga tahun itu telah berjaya menjaga seramai 3,000 bekas banduan setakat ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 70% daripada mereka telah berjaya mendapat pekerjaan.

Katanya, melalui program usahawan baharu hari ini, pihaknya dengan kerjasama Straits Millennium Sdn Bhd akan melahirkan kira-kira 100 usahawan Grocer Mart, iaitu pasaraya 100% milik Bumiputera.

Program Usahawan Baharu dalam kalangan bekas banduan bagi membantu golongan sasar tersebut adalah advokasi industri sebagai misi anjakan paradigma daripada ‘marginal Ggroup’ kepada ‘aset negara’ setelah menjalani latihan program I-Kembali selama 12 bulan.

Pada masa hadapan, pihak kami akan mensasarkan lebih ramai usahawan industri dalam pelbagai sektor seperti kafe food truck, perkhidmatan auto spa kereta, perkhidmatan gunting rambut dan perkhidmatan servis penghawa dingin,” katanya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar beramah mesra dengan bekas banduan yang menjadi usahawan.
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases