spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KWP beri elaun kepada 1,000 sukarelawan

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Seri Shahidan Kassim memaklumkan pemberian elaun kepada 1,000 sukarelawan yang terbabit dalam aktiviti gotong royong mencantikkan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, selain sukarelawan, kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menerima manfaat berkenaan.

“Setiap hari ada aktiviti gotong-royong, contohnya baru-baru ini 400 sukarelawan bersihkan Chow Kit, kita sedang cantikkan, bersihkan dan indahkan bandar ini.

“Dalam projek tebatan banjir, kita sedang laksanakan benda besar, kerana kesan utama banjir adalah kesesakan.

“Perdana Menteri arahkan DBKL belanjakan peruntukkan untuk selesaikan isu banjir, sebanyak 28 lokasi sudah dikenalpasti dan penempatan pam air sudah dibuat,” katanya kepada Wacanakini.com.

Tambah Shahidan, KWP mesti ada semangat kekitaan, supaya semua faham perlu menjaga, mempertahankan satu sama lain.

“Sebanyak 12,000 kekuatan di KWP, campur pasangan ada 24,000. Kekuatan kita ada 12,000 hingga 15,000.

“Yang harus kita lihat adalah kerjasama, konsep syukur, sokong kerajaan sedia ada, mesti sesuatu yang dipertahankan, lebih-lebih lagi meletakkan kebajikan sebagai keutamaan,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases