spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KPLB pelawa swasta bantu tingkat jaringan internet di luar bandar, KEMAS

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KLIA – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid mempelawa pihak swasta turut bersama menyediakan solusi meningkatkan jaringan internet di luar bandar.

Beliau akui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) tidak memiliki unit atau bahagian mengendalikan urusan jaringan internet kerana lebih tertumpu kepada prasarana.

Katanya, KPLB akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi membantu meningkatkan kualiti capaian internet di luar bandar.

“Kita tahu kawasan mana yang kurang capaian internet dan tempat yang selalu mengalami kekurangan capaian internet adalah sekolah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di bawah KPLB.

“Sekarang ada 11,000 Kemas di seluruh negara, jadi berapa ribu sahaja yang ada capaian internet. Kalau dekat dengan bandar, capaian internet bagus tapi jauh bandar capaian internet mereka rendah.

“Ada usaha yang kita buat supaya dapat membantu kerajaan meningkatkan capaian internet di luar bandar.

“Terdapat pelbagai pilihan pemasangan internet, optik fiber, satelit, kabel elektrik TNB dan lain-lain, kita serahkan kepada kerajaan. Ada juga pihak swasta yang datang syorkan, kita alu-alukan setiap cadangan dan serahkan kepada kerajaan untuk memutuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan KPLB di Dewan Mentari Movenpick, Sepang.

Seramai 87 penerima APC KPLB 2022 daripada pelbagai bahagian dan unit, selain turut dianjurkan Majlis Jasamu Dikenang kepada pesara.

Mahdzir turut melancarkan Pelan strategik Pengurusan Sumber Manusia 2022-2025, insiatif Ketua Setiausaha untuk melahirkan modal insan agar memiliki sikap positif, berpengetahuan, berkemahiran dalam pelbagai perkara untuk mencapai kecemerlangan.

Menerusi pelan strategik ini, kebolehan seseorang akan diterokai bagi meningkatkan kualiti perkhidmatannya sekaligus tidak mensia-siakan kepakaran yang sedia ada.

“Dalam KPLB ada banyak bidang, ada yang terlibat dalam usahawan, jaga kampung, pembaikan, prasarana, jalan luar bandar, teknikal bekalan air elektrik, tiap-tiap bahagian bidang dapat ditingkatkan,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases