spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Jepun kongsi maklumat tangani banjir

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Jepun berkongsi maklumat mengenai kaedah menangani banjir ketika Menteri Wilayah Datuk Seri Shahidan Kassim menyertai lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Jepun.

Menerusi Facebook rasmi Shahidan pada Khamis, pihaknya melawat Kandawa Reservoir bersama delegasi dari Tokyo Metropolitan Government (TMG) menerangkan aspek pembangunan sehinggalah ke pergerakan sistem takungan air dan pemantauan yang rapi ketika berlakunya bencana alam.

Lawatan yang komprehensif ini dapat memberi input lebih baik buat Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mempertingkatkan sistem takungan dan aliran air khususnya di Kuala Lumpur.

Turut bersama adalah Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Lawatan yang komprehensif ini dapat memberi input yang lebih baik buat KWP dan DBKL untuk mempertingkatkan sistem takungan dan aliran air khususnya di Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Arau itu turut melakukan kunjungan hormat kepada Gabenor Tokyo, HE Yuriko Koike.

Mereka berbincang mengenai kerjasama antara Tokyo dan Kuala Lumpur dalam isu kemampanan pembangunan bandar.

Turut dibincangkan mengenai kerjasama bagi mendapatkan kepakaran Tokyo dalam sistem pengurusan banjir yang lebih efektif.

Lawatan rasmi selama enam hari bermula Isnin hingga 28 Mei ini. Penyertaan Perdana Menteri di Persidangan Nikkei ke-27 ini akan menjadi platform untuk Malaysia berkongsi idea serta melibatkan diri dalam pelbagai inisiatif yang bertujuan mengembangkan kerjasama ekonomi yang lebih erat antara negara di rantau ini.

Lawatan ini mencerminkan kepentingan hubungan dua hala Malaysia-Jepun, selaras dengan sambutan memperingati ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik dan ke-40 DPT yang disambut pada tahun ini, menurut kenyataan itu.

Lawatan kerja rasmi Perdana Menteri itu akan turut diiringi antaranya Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Tokyo Metropolitan Government berkongsi maklumat mengenai hal pembangunan sehinggalah ke pergerakan sistem takungan air dan pemantauan yang rapi ketika berlakunya bencana alam.
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases