spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Guru YouTube, anak Penang kuasai Bahasa Russia

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh

KUALA LUMPUR : Platform media sosial ternyata boleh memberi seribu kebaikan jika ia manfaat sebaik mungkin.

Ibarat sebilah pisau boleh digunakan untuk memotong buah atau mencederakan orang lain.

Namun bagi anak muda Muhammad Hafiz, 20, seorang penggerak Akademi BigBoys dia menggunakan platform seperti YouTube untuk kebaikan.

Berasal dari Pulau Pinang tetapi telah membuktikan mampu memguasai Bahasa Russia dalam tempoh dua tahun.

“Saya mula meminati Bahasa Russia kerana suka menonton filem dari negara itu. Tontonan lebih menyeronokkan jika kita faham apa yang ditayangkan.

“Keduanya adalah kerana kosa katanya mudah dan unik, berbanding bahasa-bahasa lain.

“Tips belajar ialah mesti bersungguh-sungguh, sentiasa praktik dengan terjemahkan apa yang dituturkan dalam bahasa ini,” katanya kepada Wacanakini.com.

Anak muda ini ditemui di Majlis Hari Raya Terbuka UMNO di PWTC semalam.

Muhammad Hafiz

Turut hadir ke majlis itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak Peniaga di Majlis Perbandaran Sepang, Jahari Ibrahim.

Hafiz berkata, banyak kebaikan yang diperolehi jika berupaya menguasai sesuatu bahasa.

“Selain menerima tawaran sebagai penterjemah, banyak peluang kerja dalam sektor pelancongan seperti pemandu pelancong atau bertugas di kedutaan.

“Saya turut mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang Sains dan Sukan di sebuah universiti di negara itu.

“Namun saya terpaksa menolak kerana saya lebih berminat dengan silibus yg di ajar oleh Bigboys Academy tentang kemahiran pendapatan tinggi, yang mengajar kite membangunkan diri kite seperti menjadi seorang usahawan.

“Kelebihan dengan menguasai bahasa ini, saya boleh mengembangkan lagi produk BigBoys ke pasaran luar negara khususnya di Russia.

“Peluang sentiasa ada jika kita rajin mengubah nasib hidup kita,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases