Oleh Tun Puteh Wanti
KUALA LUMPUR : Banyak berita gembira buat rakyat Malaysia sejak awal Ramadan baru-baru ini selain kelonggaran SOP dan pengeluaran khas KWSP, rakyat juga menerima berita Malaysia sudah pun menggondol enam emas, satu perak dan satu gangsa dalam acara terjun.
Meskipun majlis perasmian hanya akan berlangsung dua hari lagi, kejayaan itu dilihat sebagai momentum terbaik, sekali gus menjadikan kontinjen Malaysia digeruni negara lain pada Sukan SEA Vietnam.
Presiden Kesatuan Renang Malaysia (ASUM), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengucapkan tahniah bagi pihak ASUM dan kerajaan Malaysia.
“Hari ini Hari Raya dan kita terima berita gembira ini, tahniah untuk semua, semua gembira.
“Rakyat gembira atas kejayaan pasukan renang yang raih kemenangan, di Hanoi.
“YB Perdana Menteri ucap tahniah kepada pasukan renang dan atlet, termasuk pengurus pasukan,” katanya kepada Wacanakini.com.
Beliau sempat merakam ucapan tahniah ketika menghubungi Nur Dhabitah semalam.
Menteri Wilayah Persekutuan itu terus memegang tampuk kepimpinan badan induk kebangsaan ASUM itu sejak tahun 1996.
Semalam, Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan emas pertama Sukan SEA 2021 dalam acara 1 meter (m) papan anjal wanita sebelum Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang memenangi emas kedua menerusi 3 m papan anjal seirama lelaki.
Tze Liang pula menokok satu lagi emas dalam 1m papan anjal lelaki, manakala gandingan Wendy Ng-Ong Ker Ying menyumbang emas keempat acara 3m papan anjal seirama wanita.
Nur Dhabitah pembawa bendera Malaysia (upacara pembukaan).
Lebih teruja apabila Malaysia menang bola sepak ketika bertemu Thailand semasa perlawanan pertama tempoh hari menunjukkan Malaysia berada pada landasan terbaik di Sukan SEA.