Oleh Tun Puteh Wanti
KUALA LUMPUR : Artis jelita, Rozita Che Wan dilamar sebagai juri tetap sebuah program Astro yang bakal diumumkan nanti.
Beliau yang dikenali sebagai Che Ta telah mengesahkan penyertaannya sebagai juri tetap bagi dua program ‘talk shaw’ stesen televisyen itu.
“Nanti pihak tv akan umumkan nama program tu, saya tak boleh beritahu awai.
“Insyaallah selepas Raya ni,” katanya yang ditemui Wacanakini.com pada
majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pembangunan Luar Bandar di di Institut Kemajuan Desa (INFRA).
Che Ta sebelum ini pernah dilantik sebagai juri tetap Akademi Fantasia 2015.
Dalam pada itu, Che Ta memaklumkan jadual karier seninya penuh sehingga Julai kerana bakal menjalani penggambaran 18 episod Sitcom di sebuah stesen televisyen.
Ketika ditanya berapa pasang baju Raya, katanya rahsia.
Seorang yang cukup merendah diri, ketika ditanya berapa kutipan duit Raya anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rhana katanya,
“Mak tak sempat kira berana anak dapat, mak dok kira berapa mak habis duit ja,” katanya sambil ketawa.