USAHA mengatasi banjir kilat di ibu negara giat diusahakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Terbaharu, menerusi hantaran di laman rasmi Facebook DBKL, beberapa lagi kawasan ‘hotspot’ banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur telah dipasang pam air sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku banjir kilat.
“DBKL giat meneruskan usaha bagi mengatasi banjir kilat di Kuala Lumpur.
Terkini adalah pemasangan pam air di beberapa lokasi hotspot banjir kilat.
“Lokasi yang terlibat adalah Bulatan Datuk Onn (4 unit pam), Lebuh Ampang berhampiran Bank Muamalat (4 unit pam) dan Jalan Rahmat (2 unit pam),” menurut kenyataan itu.
Tujuan utama pemasangan pam air ini adalah untuk mengalihkan segera air bertakung apabila berlakunya banjit kilat.
Pada masa sama, DBKL meneruskan kerja-kerja meletakkan beg pasir di lokasi-lokasi hotspot banjir kilat yang telah dikenalpasti.
“Antara lokasi pemasangan adalah di Jalan Rahmat, Jalan Sultan Iskandar (Parlimen/ Sg Bras-Bras), Jalan Lebuh Ampang, Kg Kasipillay, Jalan Segambut (driving school), Jalan Pintasan Segambut, Lorong Maarof dan Jalan Batu Bata,” katanya.
Menurut DBKL, bilangan beg pasir akan ditambah dalam tempoh terdekat ini bagi tujuan menjadi penebat limpahan air sungai di lokasi terlibat. – Wacanakini