spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Aktiviti rewang masih popular di kampung

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

PADANG BESAR : Mesyuarat ahli keluarga, pembahagian tugas dan senarai kos sejurus tarikh untuk kenduri ditetapkan, maka bermulalah tugas rewang di Kampung Batu Bertangkup, Perlis.

Aktiviti rewang sudah wujud beratus tahun dahulu dimana bukan sahaja terdiri daripada ahli keluarga tetapi juga satu kampung yang sudi meluangkan masa dan kerahan tenaga secara gotong royong bagi menyempurnakan majlis.

Penulis yang berkesempatan dijemput ke majlis perkahwinan di kampung ini mendapati aktiviti rewang amat meriah, bersatu hati dan penuh kemesraan.

Pasangan yang diraikan adalah Nas Dalila Ali dan Kamaruddin Idris

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man bersama isterinya.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man turut meraikan pengantin di Kampung Batu Bertangkup Perlis.

Menurut ibu pengantin, Siti Rohani Saidin, 67, pembahagian tugas adalah mengikut kemampuan membabitkan 60 orang untuk jemputan lebih kurang 2,000 orang.

“Contohnya, pihak lelaki sembelih dan melapah daging lembu, pihak wanita pula menyediakan bahan untuk masakan.

“Aktiviti memasak dilakukan oleh lelaki selain mencuci pinggan mangkuk pula dilakukan oleh lelaki, buat air juga lelaki, hidang lauk juga oleh pihak lelaki.

“Wanita pula lap pinggan, layan tetamu dan hias rumah.

“Begitulah perlambangan Rewang dahulu kala bersatu teguh, bercerai roboh,” katanya.

Ibu pengantin, Siti Rohani Saidin
Kedua mempelai di majlis persandingan.
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases