spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Ada cubaan gagalkan usaha kerajaan- Halimah

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

PUTRAJAYA : Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Saddique tidak menolak kemungkinan wujud usaha untuk menggagalkan agenda kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu tular mengenai bekalan makanan habis setelah India menyekat bekalan gandum ke negara ini.

“Rakyat Malaysia semua ada telefon bimbit dan terdedah kepada mendapat maklumat secara terbuka.

“Rakyat perlu bijak memilih, kesahihan fakta yang ada, kadang-kadang benda kecil jadi viral semakin besar orang percaya.

“Rakyat Malaysia perlu bijak memilih berita mana sahih, mana boleh percaya, yang mana curiga, jangan percaya bulat-bulat kerana tukang viral pastinya ada agenda.

“Kemungkinan niat gagalkan usaha kerajaan dan pecah belahkan perpaduan semasa kita.

“Ada tindakan boleh diambil, tetapi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, tindakan masih boleh diambil mana-mana menyampaikan berita tak tepat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Kementerian Perpaduan di sini pagi tadi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan wakil ketua-ketua agama negara.

Pelbagai juadah makanan yang mempamerkan juadah mengikut kaum di negara ini selain persembahan si kecil pelbagai pakaian mengikut budaya masing-masing membawa mesej negara rai perbezaan agama, bangsa dan budaya.

Halimah ketika ditanya apa perancangan kementerian selepas negara kembali ke arah kehidupan normal sebagaimana era selepas pandemik.

Kementerian mensasarkan satu unit Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi setiap 1,000 rumah, sebagai pusat mediasi untuk mengharmonikan perpaduan rakyat.

Harapan adalah setiap taman perumahan ada KRT iaitu berlaku penambahan kepada jumlah sedia ada.

“KRT dipilih komuniti berkenaan dan berfungsi sebagai mata dan telinga untuk didekati, diselesaikan segera jika timbul isu di kalangan rakyat.

“Peruntukan sebanyak RM50 juta disalurkan kepada 8,330 KRT, satu KRT menerima sumbangan RM6,000, ini adalah penghargaan diberi kerajaan kerana sebelum ini tidak ada.

“Kebaikan KRT adalah ia memiliki rangkaian kerjasama dengan masyarakat dan NGO, mereka tidak bersifat ala kerajaan tetapi ala komuniti,” katanya.

Tahun ini kami fokus kepada program muafakat bersama pelan rakan perpaduan NGO. Selain itu, mewujudkan pusat mediasi komuniti.

“Jika terdapat isu sosial, halangan dan cabaran yang tidak diingini jika tak selesai mungkin akibatkan perkara tak diingini.

“Contoh apabila kita sebut isu antara kaum, antara agama ada satu dinding amat nipis dan perlu diselesaikan segera, di sinilah pusat mediasi ini berfungsi agar isu-isu itu dapat didamaikan,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases