spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Tun M, Mahiaddin perlu jawab pakatan AG, CJ jatuhkan UMNO dan BN

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Benarkah sistem perundangan negara sudah ‘korup’?.

Ini persoalan yang bermain diminda rakyat ketika ini apabila negara digemparkan dengan pendedahan pemimpin politik, hakim dan peguam negara dikaitkan dengan ahli perniagan buruan, Jho Low yang didakwa berkomplot menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Mahiaddin Yassin perlu menjawab dakwaan konspirasi kerajaan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Ke-4 dan Ke-7, bersama Peguam Negara (AG) dan Ketua Hakim Negara (CJ) dikaitkan dengan kes mahkamah, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ia berikutan, pendedahan dokumen minit mesyuarat (Pasleak) tular di media sosial sejak Selasa memetik kenyataan Mahiaddin bahawa AG dan CJ bersetuju membantu mempercepat kes dan menjatuhkan hukuman membabitkan kes mahkamah Najib dan Ahmad Zahid.

Ia didakwa agenda pakatan haram merancang strategi menjatuhkan UMNO dan BN menerusi sistem perundangan negara.

Bukan itu sahaja, satu lagi pendedahan pada tempoh sama dibuat oleh penulis Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang mendakwa bahawa Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dilaporkan disiasat berkaitan sejumlah wang kira-kir RM1juta kedalam akuan peribadi Maybanknya.

Raja Petra dalam tulisan sama mendakwa wang diterima Mohd Nazlan untuk tujuan perkhidmatannya tidak jelas, dan yang menariknya ketika berlangsung kes perbicaraan Najib yang dianggap pesalah namun belum dapat dibawa ke mahkamah.

Artikel Raja Petra itu secara tidak langsung memberi bayangan bahawa hakim mengendali kes dalam situasi ‘conflict of interest’ (COI), konflik kepentingan.

Justeru, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mahu rakyat dan ahli parti menilai sendiri laporan dokumen terbabit, pada masa yang sama akan membuat laporan polis berhubung pendedahan laporan risikan itu.

“Kalau betul apa yang terdedah itu adalah pendapat Muhyiddin (Mahiaddin), maka ia membayangkan sudah berlakunya satu konspirasi dan pakatan haram antara pemimpin politik dengan AG dan CJ.

“Kalau betul, sudah berlaku kerosakan sistem ‘judiciary’ (badan kehakiman) dan kehakiman negara.

“Saya berserah hanya kepada ALLAH SWT, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya yang Maha Agung lagi Maha Kuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Selain Ahmad Zahid, dokumen juga memetik nama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Bendahari Kehormat BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan beberapa pemimpin UMNO lain.

Berdasarkan pendedahan gerakan politik oleh dokumen berkenaan, terdapat sekelompok pemimpin PN seolah-olah merancang mempercepatkan hukuman penjara ke atas Najib dan Ahmad Zahid selain cubaan mengaitkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan kes mahkamah.

Terdahulu, tular isu hakim lantikan Kerajaan PH dan Tun Mahathir disiasat atas sebab memiliki wang dari Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kes 1MDB membabitkan Najib semakin tidak dipercayai oleh rakyat sejak kebelakangan ini dan dengan pendedahan demi pendedahan termasuk yang baharu ini, maka ia akan terus tidak dianggap sebagai kes benar selain beliau telah dianayai.

Sebelum ini Tun Mahathir dilaporkan, menjawab beliau tidak tahu mengenai pendedahan mantan Gabenor Negara, Tan Seri Zeti Akhtar Aziz juga memiliki wang sejumlah RM700 juta dari Jho low melalui suaminya, Datuk Tawfiq Ayman di Singapura.

Hal Zeti terima wang sogokan turut disahkan oleh saksi utama kes Ketua Pelaburan Perbankan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng iaitu Tim Leissner di mahkamah Amerika Syarikat ketika memberi keterangan dan tiada pihak membangkang atau “dispute” dakwaan ini.

Malah pihak Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura (CAD) dan polis Singapura mengesahkan nya.

Untuk rekod, Mohd Nazlan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 30 Januari 2017 sebelum mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Rayuan di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf pada majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia yang diadakan di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman pada 4 Februari 2022.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases