spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Mahadhir rai 40 guru mengaji di Segambut

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

SEGAMBUT : Golongan guru mengaji Al-Quran yang datang dari rumah ke rumah, walaupun kurang popular tetapi amat besar jasa mereka dalam memberi didikan awal agama kepada anak-anak.

Pengorbanan mereka ini mendapat perhatian Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Mahadhir Sulaiman atau dikenali sebagai Tok Det untuk bersama dirai dalam Program Nur Ramadan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) pada hari ke tiga Ramadan malam tadi.

Seramai 40 guru mengaji di Parlimen Segambut dipilih menerima wang tunai, kain telekung, kain pelikat dan kurma sumbangan oleh UMNO Segambut sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada generasi baru.

Datuk Mahadhir berkata, guru mengaji ini adalah wira yang tak didendang, biasanya memberi khidmat atas dasar keikhlasan semata-mata.

“Terlintas di hati saya untuk meraikan golongan ini agar mereka tahu jasa mereka diingati.

“Menghargai setiap sumbangan dan peranan rakyat kepada pembangunan negara itu adalah antara mesej yang sentiasa diingatkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim,” katanya kepada Wacanakini.com.

Program Nur Ramadan asasnya dianjurkan oleh KWP dan Parlimen Segambut dipilih sebagai tuan rumah bagi program ini bagi peringkat Wilayah Persekutuan yang pertama kali diadakan semalam.

Seramai 145 penerima asnaf terdiri daripada anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan mereka kurang berkemampuan menerima bantuan RM200 setiap seorang.

Pihak KWP turut mengagihkan wang tunai berjumlah RM519,500 kepada 824 masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan bagi mengimarahkan suasana Ramadan.

Program itu dikejutkan dengan sikap murah hati Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang menyampaikan sumbangan peribadinya kepada 90 keluarga mangsa tanah runtuh Kampung Palimbayan.

Mereka adalah daripada 121 keluarga terjejas dalam kejadian tanah runtuh tahun lalu. Bakinya sudah menerima bantuan peringkat awal.

Dalam pada itu, Mahadhir merakamkan ucapan terima kasih kepada Shahidan atas sikap prihatin dan murah hatinya terhadap rakyat yang kesusahan khususnya di Parlimen Segambut.

“Beliau benar-benar ‘man in action’ spontan dan tepat dalam membuat keputusan.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit menjayakan program ini walaupun short notice tetapi berjaya dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases