spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Toh Puan Ragad masak bubur lambuk untuk rakyat berbuka puasa

- Advertisement -spot_img

Oleh: ARRIAN ZAYNE

KUCHING: Keperibadian Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib yang amat peduli akan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sarawak menjadi nadi untuk Yayasan Ragad menyantuni masyarakat secara lebih dekat.

Menurut Pengarah Program dan Kempen Yayasan Ragad, Lila Ruzaini Hussain keprihatinan Toh Puan yang nekad berusaha menghulurkan sumbangan menerusi Yayasan Ragad sebagai inisiatif meringankan beban mereka yang tidak berkemampuan serta memastikan terdapat hidangan di atas meja golongan ini.

“Toh Puan yang amat prihatin sentiasa bertanya khabar walaupun jadual seharian yang padat,” katanya ketika ditemui Wcanakini.com baru-baru ini.

Situasi ini dapat dilihat kata Lila, Toh Puan menyatakan hasrat ingin memasak sendiri bubur lambuk untuk penduduk Kampung Tabuan Melayu berbuka puasa dalam Program Jelajah Bubur Lambuk Yayasan Ragad di sekitar bandar raya Kuching.

“Apabila saya memberitahu bahawa beliau akan melakukan gimik memasak tetapi Toh Puan bertegas untuk memasak sendiri,

“Saya dapat lihat hari ini, bukan sahaja Toh Puan gembira dapat menyediakan seperiuk bubur lambuk untuk penduduk Kampung Tabuan Melayu malahan penduduk di sini turut gembira dan teruja,” ujarnya.

Bercakap mengenai intipati lain jelajah Yayasan Ragad di Bumi Kenyalang, Lila memberitahu yayasan yang menghampiri usia dua tahun itu kini berjuang untuk memastikan anak-anak Sarawak di kawasan pedalaman menerima pendidikan tanpa sebarang kekangan.

“Jika sebelum ini (sebelum Covid-19 melanda) fokus Yayasan Ragad adalah bidang kesihatan iaitu membantu dan memastikan rakyat Sarawak yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan kesihatan,” ujarnya.

Namun pandemik Covid-19 kta Lila menjadi titik mula kepada Yayasan Ragad menyantuni serta menjelajah kawasan persisir hinga ke pedalaman bagi membantu anak Sarawak belajar menerusi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tanpa sebarang gangguan.

“Kita (Yayasan Ragad) mengenalpasti lokasi dan masalah seterusnya akan menghubungi agensi berwajib atau menyediakan fasaliti dengan bantuan strategik yang lain,” jelasnya misi ini akan diteruskan selepas Syawal nanti.

Terdahulu, Toh Puan meluangkan masa sekitar satu jam bagi memasak bubur lambuk di Masjid Darussadah untuk dinikmati sekitar 200 golongan asnaf di kampung Kampung Tabuan Melayu berkenaan.

Sebelum ini, Program Amal Ramadhan Ragad Foundation telah diadakan di beberapa lokasi termasuklah di Bangunan Majma’ Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah (Kompleks Islam Sarawak) dan pekarangan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Petra Jaya, Medan Hamidah.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases