Oleh Tun Puteh Wanti
PUTRAJAYA : Datuk Dr Seri Shahidan Kassim, pemimpin pertama turun bersama pasukan penyelamat mencari mangsa tragedi bot karam beberapa tahun lalu.
Demikian perkongsian pengalaman oleh wartawan RTM, Ahmad Isyafiq Mad Desa berkata, kejadian itu di Sabah beberapa tahun lalu.
“Pengalaman saya bekerja dengan Shahidan, beliau amat mudah didekati, mesra media dan pantas dalam tugasan.
“Portfolio apa sahaja beliau kerja, yang penting kerjanya jalan,” katanya kepada Wacanakini.com.
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) mengadakan Majlis Iftar KWP bersama Media di Hotel Pulse Grande di Putrajaya malam semalam.
Kira-kira 200 para pengamal media diraikan pada majlis berkenaan yang dirasmikan oleh Shahidan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Dalam pada itu, Pengarang Tugasan Utusan Malaysia, Azman Ibrahim turut berpandangan sama mengenai Shahidan seorang pemimpin mudah didekati dan mesra media.
“Belia mampu jawab soalan dengan baik dan ini ciri pemimpin yang baik,” katanya.