Oleh Tun Puteh Wanti
KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Seri Shahidan Kassim mengagumi peranan Perdana Menteri Kesembilan dalam mengendalikan kerjasama blok kerajaan bersama pembangkang dalam usaha membawa kembali Malaysia di landasan yang terbaik.
Ini kerana, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat berupaya membawa penyatuan kedua-dua pihak bagi membincangkan isu yang menjadi keutamaan dalam mesyuarat khas di Parlimen, semalam berhubung akta lompat parti.
Ia dipercayai berlaku tanpa sebarang kekecohan.
Justeru, Shahidan dalam hantaran Facebooknya, memuji Ismail Sabri mengenai perkara itu.
“YAB (yang amat berhormat), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob makin mantap selepas sidang khas Dewan Rakyat (di Parlimen), ditangguhkan,” katanya menerusi hantaran itu semalam.
Malah, netizen turut meninggalkan komen di hantaran sama, antaranya mahu dengan kewibawaan Ahli Parlimen Arau itu membantu Perdana Menteri mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Ahmad Fansuri Mohd Nasir berkata; “Bila pemimpin disenangi semua pihak terutama pembangkang, Kaliber beliau sebagai PM sudah mula nampak. PM yang mendengar masalah rakyat, yang tiada masalah integriti, dan humble ini akan menbawa malaysia kembali kelandasan yang terbaik. InsyaAllah.”
Rosna Wati; “DSSK dh faham apa yg rakyat mahukan pimpinlah PM .. bantulah golongan B40 ni yg baru merangkak ke tepi pantai selepas lemas kerana musibah yg berlaku (C19)….aamiin”
AkuKarim SgBugis; “YBM DSSK BANTULAH PM DSIS KEARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT DGN HEBATNYA… MOGA KHIDMATNYA KEARAH KE PENGGAL HADAPAN TERUS TERBELA“
Tukangpaip Tukangpaip Selangor Selangor, “Bukan kata pm ja makin mantap… Dssk Dan juga mp2 umno juga mantap.bila team yang mamtap membantu pm.pm di pandang tinggi oleh rakyat…“
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam hantaran Facebooknya, berpuas hati dengan penyatuan Ahli Parlimen yang senada untuk membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi meneliti pindaan perlembagaan akta lompat parti dan menggubal Akta Anti Lompat Parti, pada mesyuarat khas di Parlimen, semalam.
Dalam hantarannya, menyatakan, pembentangan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Dewan Rakyat bagi membolehkan Akta Anti Lompat Parti digubal, adalah satu manifestasi ke arah politik yang lebih sihat dan berpaksikan kepentingan rakyat.
“Malaysia ke arah kestabilan politik yang lebih matang, kuat dan berkeyakinan,” katanya dalam catatan berkenaan.
Rang undang-undang bagi meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bertujuan memasukkan fasal baharu 3A selepas Fasal 3 bagi sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) yang berhubungan dengan keahlian dalam parti politik ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri boleh juga dikenakan oleh undang-undang persekutuan.
Dewan Rakyat juga meluluskan usul pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk membuat syor berhubung pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
Jawatankuasa itu dianggotai 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.