Oleh Tun Puteh Wanti
KUALA LUMPUR : Sepanjang Ramadan ini orang ramai mengambil peluang untuk membeli juadah pilihan di Bazar Ramadan sekitar tempat kerja atau tinggal.
Berbeza dengan tujuan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang ke Bazar Ramadan di wilayah ini.
Beliau bukan sahaja memborong hasil jualan peniaga untuk disedekahkan kepada orang ramai, tetapi Shahidan ke sana untuk memastikan semua mematuhi peraturan SOP COVID-19.
Begitulah sikap Shahidan yang amat menitikberat operasi jual beli peniaga dan pengunjung berjalan dengan baik.
Shahidan ketika ditemui pemberita memberitahu, pihaknya berhasrat mahu berkunjung ke semua Bazar Ramadan.
“Esok kami akan ke Bazar Ramadan di Putrajaya.
“Kami akan teliti juga bazar yang ada pagar dan tiada bazar, jika ia tidak diperlukan kami akan buka esok,”katanya.
Tambahnya, semua pengunjung diminta patuhi SOP yang ditetapkan ketika berada di bazar Ramadan.
“Pematuhan tersebut dapat membantu urus niaga di bazar Ramadan berjalan lancar,” katanya.