spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Satu lagi kertas siasatan Ebit Lew sedang disiapkan – Polis

- Advertisement -spot_img

SATU lagi kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal Ebit Lew sedang disiapkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan berhubung laporan yang dibuat di semenanjung termasuklah mengesan saksi berhubung dakwaan tersebut.

“Belum pasti bila akan didakwa, masih disiapkan siasatan lagi,” katanya dipetik Harian Metro, hari ini. 

Terdahulu Ebit menghadapi 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual dan Mahkamah telah menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada Jun depan.

Ebit atau nama sebenar Ebit Irawan bin Ibrahim Lew, 37 didakwa pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Semua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom, Sabah antara Mac hingga Jun 2021 terhadap seorang perempuan Melayu.

Bagaimanapun Ebit mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Ebit telah didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Namun begitu, Ebit telah dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin. – END

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases