spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Rumah Bonda nafi terlibat kegiatan pemerdagangan bayi

- Advertisement -spot_img

Mohd Nor Wahid

PERTUBUHAN Kebajikan Rumah Bonda (Pertubuhan Rumah Bonda) Kuala Lumpur Lumpur menafikan terlibat dalam kegiatan pemerdagangan bayi.

Dalam satu kenyataan media hari ini, pihak Rumah Bonda mendapati terdapat dakwaan yang sedang berlegar di media sosial kononnya wujud kegiatan pemerdagangan bayi di rumah kebajikan itu.

“Pertubuhan Rumah Bonda menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk segera membuat laporan kepada pihak berkuasa agar satu siasatan rasmi dapat dijalankan.

“Pertubuhan Rumah Bonda dan rumah perlindungan Rumah Bonda akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi menangkis dakwaan tidak berasas tersebut,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, pihak Rumah Bonda mengambil maklum isu-isu tular di media sosial yang dikaitkan dengannya dan memandang serius semua dakwaan yang mula-mula ditimbulkan oleh profil Facebook ‘Mona Din’ milik Che Muna Din dan ‘Aliff Ahmad’ milik Ahmad Aliff AS Ahmad Sharifuddin, yang kemudiannya disebarkan secara meluas hingga mendapat reaksi negatif masyarakat awam.

Kenyataan itu juga mendakwa bekas pekerja Rumah Bonda telah mendedahkan maklumat sulit termasuk identiti dan latar belakang penghuni rumah perlindungan Rumah Bonda dan juga maklumat keluarga angkat dan bayi yang diserahkan sebagai anak angkat.

“Rumah Bonda pandang serius dakwaan, kebocoran maklumat di media sosial,” katanya.

Menurutnya, objektif membuka sebuah rumah perlindungan pada awal tahun 2019 yang dikenali sebagai ‘Rumah Bonda’ adalah untuk memberi tempat perlindungan kepada remaja dan wanita hamil tanpa nikah serta remaja dan wanita teraniaya.

Selain memberi perlindungan kepada remaja dan wanita yang terlibat dengan gejala sosial; bayi luar nikah dan tidak diterima keluarga; serta menjaga bayi dan kanak-kanak yang sedang menjalani kes-kes mahkamah buat sementara waktu.

Menurut Rumah Bonda, demi menjaga kerahsiaan, maruah dan rekod masa lampau para penghuni, rumah perlindungan Rumah Bonda pada sepanjang masa menyimpan kesemua maklumat dengan amanah dan berhati-hati bagi melindungi maklumat tersebut daripada terdedah kepada masyarakat umum.

“Perlindungan kerahsiaan maklumat ini bukan sahaja melibatkan identiti dan latar belakang penghuni rumah perlindungan Rumah Bonda, tetapi juga melibatkan maklumat berkaitan keluarga angkat dan bayi yang diserahkan sebagai anak angkat oleh bekas penghuni sendiri (bukan melalui rumah perlindungan Rumah Bonda).

“Walau bagaimanapun Pertubuhan Rumah Bonda mendapati bahawa maklumat maklumat sulit ini telah didedahkan dan disebarkan secara tidak bertanggungjawab dan berniat jahat oleh individu-individu tertentu di media sosial.

“Pertubuhan Rumah Bonda percaya maklumat-maklumat sulit ini telah didedahkan secara tidak bertanggungjawab oleh individu bernama Nur Syazwana Samsaimon yang juga bekas kakitangan rumah perlindungan Rumah Bonda,” katanya.

Rumah Bonda dengan ini menegaskan bahawa pada bila-bila masa tidak mengizinkan rekod-rekod sulit bekas penghuni disalahgunakan dan disebarkan sedemikian rupa.

Pertubuhan Rumah Bonda juga memandang serius percubaan pihak tertentu menghubungi dan mengganggu keluarga-keluarga angkat, menyebarkan maklumat dan gambar mereka di media sosial serta mendesak mereka untuk membuat laporan polis palsu dengan mendakwa berlaku kegiatan penjualan bayi di rumah perlindungan Rumah Bonda.

“Pertubuhan Rumah Bonda telah merujuk perkara ini dengan pihak peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya,” katanya. – Wacanakini

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases