spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Puteri Sarah tidak lagi berdiam, lantik dua peguam

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR :

Ku sangka nanas di tengah padang, Rupanya pandan yang berduri,
Ku sangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari.

Terlalu mengharapkan kebahagiaan selamanya namun akhirnya kecewa kerana ia tidak berkekalan.

Konflik rumah tangga pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof, 37, dan isterinya yang juga seorang pelakon, Puteri Sarah Liyana, 36, yang disangka sudah selesai, tahun lalu rupanya bergolak kembali selepas identiti perosak rumah tangga mereka didedahkan, baru-baru ini.

Tidak lagi berdiam diri, Puteri Sarah Liyana bukan sahaja mendedahkan nama individu berkenaan, malah kini dilaporkan melantik khidmat peguam bagi menyelesaikan isu rumah tangganya sejak 2019 itu menerusi Insta storiesnya.

Ia berikutan, pelakon Melastik Ke Hatimu itu mendedahkan mesej yang diterima oleh seorang individu yang cuba melakukan provokasi terhadapnya.

“Ok next! Kita pakai 2 lawyer lah. Ke pakai 10 lawyer macam Siti Bainun. Small worm like this 2 pun cukup lah.”-Puteri Sarah.

Meskipun kelihatan tenang menghadapi situasi bergolak itu, Puteri Sarah tidak gentar malah memberikan amaran sinis berbaur manis bahawa ‘individu’ berkenaan tidak mengetahui realiti duna sebenar.

“Ss (tangkap layar) i dapat sembang macam pandai. Awak tak tahu dunia sebenar sweety. Jangan nanti kena declare bankrupt tinggal bawah jambatan. @legalaismy tengok dia kutuk u. Jom Lawan”-Puteri Sarah

Terdahulu, kisah pasangan itu pernah kecoh diperkatakan sudah hampir tiga bulan tidak tinggal sebumbung.

Puteri Sarah Liyana kemudian mendedahkan bahawa wanita itu telah menganggu kesihatan mentalnya sejak 2019 dan menyebabkan dia dan suami sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Dipercayai, wanita berkenaan anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar yang masih menganggu rumah tangganya dalam tempoh itu.

Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014, kemudian dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases