spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Polis nafi rakyat Singapura disamun, dicederakan

- Advertisement -spot_img

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU – Polis Johor warga Singapura disamun dan dicederakan seperti yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, hasil semakan mendapati video dan gambar yang tular itu adalah video dan gambar lama tetapi ditularkan semula.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman pernah mengeluarkan kenyataa berkaitan berita palsu itu menerusi Facebook rasminya pada 2 November 2021.

“Perbuatan ini dilihat sebagai satu cubaan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai, khususnya pelancong Singapura untuk datang ke Malaysia melalui negeri Johor.

“Perbuatan menyebarkan dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai dakwaan yang  diperoleh daripada sumber tidak sah dan menggunakan maklumat palsu.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases