spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Patut la Syed Saddiq tolak ketuanan Melayu, rupa-rupanya Bahasa Melayu ke laut

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Ibarat guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Kelakuan murid (ahli parti) mencontohi kelakuan guru (presiden) terutama dalam hal yang tidak baik.

Agak menjengkelkan apabila usaha pemimpin tertinggi Malaysia merancang sebaik mungkin dalam mengangkat penggunaan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa dinilai sebagai polemik politik oleh pihak tertentu terutama pembangkang.

Bahkan, bahasa Melayu seperti dianggap enteng oleh pihak berkenaan apabila dikaitkan dengan syarat memasuki alam pekerjaan dan penguasaannya tidak ketara dalam kalangan negara yang dikatakan maju.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dilaporkan berkata, beliau sinis terhadap Perdana Menteri yang mendakwa kesungguhan memperkukuhkan penguasaan bahasa Melayu dibimbangi hanya untuk meraih sokongan dalam pilihan raya semata-mata.

Sebaliknya beliau mahu Perdana Menteri menjulang bahasa Inggeris dan Mandarin kerana melihat ia lebih penting dalam memasuki ekonomi global.

Kelantangannya itu akhirnya seperti ‘kembali menjilat ludah sendiri’ apabila bukan sahaja ditempelak oleh beberapa pemimpin Melayu tanah air malah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abang Sallehuddin Abg Shokeran.

Bukan itu sahaja, Presiden Parti Ikatan Demokratik (MUDA) itu juga seperti tidak mengambil berat terhadap penguasaan bahasa ibunda malah dalam kalangan kepemimpinan parti sendiri selepas tular satu kenyataan media berhubung isu pensyarah kontrak perlekeh pelajar B40, dari MUDA Perak dengan gaya bahasa Melayu bercelaru, ‘rojak’ dan bercampur bahasa.

Apakah beliau tidak bersungguh menjaga kepentingan bahasa Melayu dalam parti sendiri sedangkan Perdana Menteri pernah menegur agensi kerajaan, badan berkaitan kerajaan (GLC), dan swasta kurang menggunakan bahasa Melayu, tahun lalu?

Beliau lupakah atau pura-pura tidak tahu mengenai kedaulatan bahasa Melayu yang termaktub dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan?

Rakyat yang mencintai negara wajib mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 152 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan sangat jelas menyatakan ‘Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.’

Syed Saddiq hanya tahu memberi cadangan kurang bernas tetapi gagal mengutamakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan kepemimpinan parti sendiri.

Jika ada pihak yang mendakwa Syed Saddiq yang juga mantan Menteri Belia dan Sukan itu hanya pandai berkata-kata daripada menjaga negara, penulis bersetuju.

Malah, turut bersetuju dengan kenyataan ketua pengarah DBP dan pemimpin Melayu lain mendakwa Syed Saddiq bersifat provokatif serta tidak memahami maksud keperluan penguasaan bahasa Melayu seperti dinyatakan Perdana Menteri.

Terdahulu, dalam hantaran Facebook, Syed Saddiq meminta kerajaan menyediakan pelan untuk menangani halangan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat supaya mereka tidak terlepas peluang ekonomi yang lebih besar.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, akan berbincang dengan pemimpin ASEAN untuk mencadangkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN dalam usaha memartabatkan bahasa ibunda Malaysia di peringkat antarabangsa.

Ismail Sabri juga dilaporkan pernah berkata akan menggunakan bahasa Melayu di persidangan antarabangsa, setiap urusan rasmi negara, malah pernah menegur agensi kerajaan, GLC, swasta kurang menggunakan bahasa Melayu.

Jelas sekali, usaha Perdana Menteri sudah agak lama dan bukan dikaitkan dengan sokongan untuk pilihan raya semata-mata.

Usaha mendaulatkan bahasa Melayu tertumpu dalam sudut kenegaraan kerana bahasa kebangsaan itu membawa imej tanah air ke mana-mana negara luar.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases