spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Nak cantikkan hidung, jadi berlubang pula….klinik kecantikan terkenal disaman

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Harapan seorang pengusaha salon untuk memperoleh hidung cantik akhirnya musnah, apabila hidungnya menjadi berlubang selepas menjalani pembedahan estetik di klinik kecantikan terkenal di Kepong.

Pada awalnya, Adam mendapatkan perkhidmatan daripada klinik berkenaan adalah untuk memperbetulkan kedudukan hidungnya yang senget.

Beliau tidak menyangka hidungnya menjadi ‘cacat’ selepas prosidur dilakukan pada 21 Mei 2021 dengan kos RM10,000.

“Saya ke klinik berkenaan selepas melihat iklan (paid review) oleh seorang artis wanita yang terkenal di Instagram, dia selalu buat live ketika pembedahan kecantikan dibuat. Macam menyakinkan.

“Selepas pembedahan, berlaku jangkitan dan diminta menjalani pembedahan oleh doktor klinik itu kali kedua yang ditawarkan secara percuma pada 28 Jun 2021.

“Selepas kali kedua, keadaan makin teruk, hanya diminta makan antibiotik tetapi keadaan makin teruk.

“Pihak klinik minta saya jalani pembedahan ketiga tapi saya tak nak kerana rasa seperti tikus makmal, lebih 20 kali saya ke klinik itu untuk minta penjelasan apa berlaku.

“Mereka menjanjikan hidung elok 99 peratus tapi akhir janji tinggal janji,” katanya pada sidang media di pejabat Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (HWAM) di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Kes ini dikendalikan oleh Datuk Wan Azmir Wan Majid, Datuk Abu Bakar Isa Ramat dari HWAM.

Satu saman terhadap dua doktor dan klinik kecantikan terkenal sudah difailkan di Mahkamah Tinggi dengan tuntutan ganti rugi RM2.7 juta oleh anak guamnya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases