spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Mc Donald’s beri elaun bulanan RM1,200 kepada pelajar vokasional asnaf

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Mc Donald’s Malaysia amat prihatin terhadap nasib dan kebajikan asnaf khususnya yang sedang memulihkan ekonomi selepas pandemik.

Kira-kira 50 anak asnaf daripada 500 pelatih Mc Donald’s sudah menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) menerusi program Jabatan Pembangunan Malaysia (JPK) Kementerian Sumber Manusia.

Pada tahun 2018, Mc Donald’s Malaysia terbabit menyediakan tempat latihan selama dua tahun kepada 3,000 pelajar vokasional bagi program SKM Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap.

Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi berkata, pihak McDonald’s memberi elauan bulanan RM1,200 kepada pelajar vokasional asnaf yang dikenalpasti selain menyediakan tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan.

“Malah saya dengar ada pelajar menggunakan elaun bulanan ini untuk membantu keluarga mereka yang susah.

“Ketika ini kami sudah memohon untuk menyertai program vokasional bagi SKM Tahap 4 dan Tahap 5 untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran pelajar yang ditempatkan di sini,” katanya selepas mewakili McDonald’s Malaysia dalam menyampaikan zakat RM500, 000 kepada Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAWIP) bagi tahun 2022.

Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAWIP, Ustaz Mohd Nizam Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ, Abdul Hakim Amir Osman.

Dalam pada itu, PPZ-MAIWP mengiktiraf McDonald’s Malaysia sebagai Sijil Pembayar Zakat Perniagaan emas kerana komited membayar zakat lima tahun berturut.

Sehingga tahun ini, McDonald’s Malaysia akan membayar zakat berjumlah RM9.85 juta untuk negeri seluruh Malaysia sejak syarikat mula membayarnya tahun 2017.

PPZ-MAIWP menyerahkan duit wakalah sebanyak 37.5 peratus daripada jumlah zakat itu kepada McDonald’s Malaysia untuk menyantuni asnaf-asnaf.

Duit wakalah itu diagihkan menerusi Program Ziarah Komuniti Asnaf dengan menyantuni 50 keluarga asnaf sekitar Danau Kota, Kuala Lumpur dan menyerahkan sumbangan wakalah agihan dalam bentuk ‘kotak rezeki’ dan duit raya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases