spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Lelaki nyaris ‘ditikam’ kerana tolak seks

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

BANGKOK – Seorang lelaki warga Thailand diserang dan nyaris ditikam oleh seorang wanita yang bersenjatakan sebilah pedang samurai gara-gara seringkali menolak kehendak wanita itu untuk melakukan hubungan seks.

Suspek dan mangsa dikatakan berkawan selama setahun, namun kedua-duanya sudah ada pasangan masing-masing ketika itu.

Wanita itu dikenali sebagai Aum, 40, seringkali mengajak Air melakukan hubungan seks namun Air menolak ajakan itu.

Akibat tidak dapat menahan sikap aneh wanita tersebut, Air memutuskan untuk melarikan diri dari Bangkok ke wilayah Phetchabun.

Lelaki itu menceritakan, Aum pernah pergi ke rumah isterinya di Nonthaburi dan mengugut anak lelaki mereka yang berusia 11 tahun.

Media Thaiger melaporkan Air dan isterinya ketika berada di rumah mereka diugut berkali-kali sehingga terpaksa melarikan diri dari Bangkok tetapi wanita itu masih mengekori mereka.

Netizen Thailand berkongsikan sebuah klip video memaparkan seorang wanita berpakaian biru cuba menikam lelaki itu

Video yang dimuat naik di media sosial dirakam oleh isteri Air dan dia mengesyaki bahawa Aum mempunyai gejala penyakit psikotik.

Mereka masih belum melaporkan kejadian itu kepada polis kerana baru sahaja berpindah.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases