spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Lebih 600 miskin tegar tercicir tanpa bantuan – Shahidan

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kemiskinan Wilayah Persekutuan mengenal pasti lebih 600 miskin tegar tercicir tanpa mana-mana bantuan.

Menteri Wilayah Persekutuan (KWP) Datuk Seri Dr Shahidan Kasim berkata, jawatankuasa berkenaan telah bermesyuarat dua minggu sekali bagi mengenal pasti golongan yang benar-benar miskin tegar ini dibantu.

“Jumlah bantuan yang mereka dapat di bawah paras miskin tegar, tadi kita telah bermesyuarat, lebih kurang 600 orang tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak.

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sedang memberi sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan

“Jadi sekarang kita mohon ICU agar menaikkan jumlah bantuan kepada golongan miskin tegar agar angka bantuan itu melepasi RM1,100.

“Caranya ialah, orang Islam akan mendapat bantuan daripada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan bukan Islam melalui bantuan Yayasan Wilayah Persekutuan,” katanya kepada media, di Putrajaya, hari ini.

Beliau ditemui selepas selesai majlis berbuka puasa dalam Program Nur Ramadan Putrajaya, malam tadi.

Sementara itu, Program Nur Ramadan Putrajaya menyaksikan seramai 200 orang penerima bantuan di Putrajaya terdiri daripada anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU dan mereka yang kurang berkemampuan dengan menerima sumbangan wang tunai RM200 setiap seorang melalui peruntukkan KWP dan MAIWP.

Para asnaf juga turut menerima sumbangan barangan keperluan seperti periuk nasi, beras dan kurma dengan peruntukkan sebanyak RM23,000.

KWP juga menyumbangkan wang tunai berjumlah RM519,500 kepada 824 masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan bagi mengimarahkan suasana Ramadan tahun ini.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases