spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KWSP : Rakyat tak lupa jasa Najib

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Pepatah Melayu sentiasa mengingatkan budi yang baik dikenang sehingga mati.

Begitulah tujuan hidup manusia, berbudi kepada yang sudi, biar jasa jadi kenangan.

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 one off yang kemudian dipercepatkan pengeluarannya bermula 18 April lalu disambut rakyat dengan rasa kesyukuran.

Syukur kerana rakyat telah melalui pelbagai cabaran, rasa takut, kehilangan harta dan jiwa apabila dua bencana besar menimpa iaitu pandemik dan banjir dalam tempoh dua tahun lalu.

Bantuan yang diberi belum cukup untuk memulihkan ekonomi, membayar hutang sahabat handai, melunaskan hutang ah long dan tunggakan bank.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din mendedahkan sebanyak 1,784 kes diterima berkaitan pinjaman ah long RM8.8 juta sejak tahun 2020 iaitu bermulanya isu Covid-19.

Ia adalah sebahagian kecil kes yang dilaporkan polis setelah mangsa diburu ah long kerana gagal melunaskan bayaran bulanan.

Lebih teruk lagi kes bunuh diri meningkat sejak PKP, segalanya berpunca daripada masalah duit.

Kemudaratan yang besar inilah menyebabkan barisan pemimpin negara bangkit agar rakyat mendapat hak mereka menerusi KWSP.

Tangkap layar komen netizen di media sosial.

Ismail Sabri memilih survival rakyat dengan menggunakan sepenuh kuasanya sebagai Perdana Menteri untuk meluluskan peneluaran KWSP berikutan Menteri Kewangan dan beberapa Menteri sebelum ini menolak tuntutan rakyat berkenaan atas alasan bimbang simpanan hari tua terjejas.

Namun rakyat tidak lupa juga idea asal perjuangan ini datangnya dari bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak putus-putus berjuang agar kerajaan membenarkan pengeluaran berkenaan.

Laman Facebook milik Najib menerusi satu posting mengenai kisah satu keluarga yang akhirnya dapat memiliki sebuah kancil selepas berhujan panas menunggang motosikal bersama anak-anak kecil mereka dengan KWSP dihujani ucapan terima kasih oleh netizen yang tidak lupa jasa beliau.

Sebanyak 54 ribu likes, 3,600 komen dan seribu kongsi semula yang rata-rata mengucapkan terima kasih bukti keputusan kerajaan untuk membenarkan pengeluaran ini amat bermakna bagi lebih 600,000 pencarum yang memohon dan diluluskan pembayarannya.

Pemilik FB Kei Ru Iskandar menyiarkan komennya berbunyi : Terima kasih banyak pada Datuk Seri Najib, ni idea Dato juga berusaha dan perjuangkan hak KWSP kami, alhamdullilah kami akan gunakannya untuk perbaiki kehidupan kami.

Pemilik FB Zulyy Zainal Abidin menyiarkan komennya berbunyi : Syukur Ya Allah….Alhamdulillah KWSP suami je ada….saya xde…repair kete kancil jugak rosak akibat banjir….dua bulan rosak….mengharapkan duit bantuan banjir nak repair tak kunjung2 tiba2…satu kelegaan….baiki motorsikal yang sekejap-sekejap rosak tiga biji …akibat dari banjir juga …dapat selesaikan mana yang tertangguh selama ini. Selebihnya simpan untuk kegunaan bulan-bulan yang datang.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases