spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kilang buat bising, bau bahan kimia hanya 50 meter dari rumah

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

MERU : Berang selepas lebih setahun bunyi bising dari sebuah kilang yang menggangu tidur keluarga, seorang pemilik Facebook (FB), Muaz Yaid bertindak menyiarkan segala aktiviti kilang itu.

Kilang yang terletak di Taman Perindustrian Meru, bersebalahan Jalan Rambutan, Kapar, Selangor menimbulkan tanda tanya bagaimana ia boleh dibina di kawasan kira-kira 50 meter dari penempatan awam.

Muaz ketika dihubungi Wacanakini.com berkata, bukan hanya bunyi bising, malah ada bau bahan kimia dan plastik terbakar yang amat kuat sehingga menyebabkan ibu mentuanya sakit dada dan sesak nafas.

“150 meter dari kilang ni ada taman perumahan, kira-kira 30 keluarga tinggal di sana.

“Dalam radius 300 meter ada Sekolah Agama, Surau dan 20 hingga 30 rumah lagi.

“490 meter dari kilang ini terletaknya Sekolah Kebangsaan Meru,” katanya.

Muaz sudah membuat laporan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS). JAS memaklumkan ada terima laporan berhubung kilang berkenaan sebelum ini.

“Kilang berhampiran Flexta Manufacturing juga ada mengadu juga dekat JAS sebab mereka selalu dipersalahkan atas bunyi bising yang dilakukan kilang berkenaan,” katanya.

Dalam rekod kilang kata tempoh kerja antara 9 pagi hingga 5 petang, tetapi sebenarnya buat kerja dari jam 10 malam hingga 7 pagi waktu penduduk patut tidur.

“Bagaimanapun saya dimaklumkan bidang kuasa bukan bawah JAS sepenuhnya kerana pengoperasiannya dibenarkan pihak Majlis Perbandaran Klang.

Posting FB beliau mendapat maklum balas dari Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang kemudiannya mengarahkan Ketua Pengarah JAS bertindak segera untuk menangani isu berkenaan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases