ARAU – Ketua Cawangan UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Behor Pengapit, Zamri berkongsi pengalaman mengenai jasa Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang meningkatkan taraf hidupnya dari seorang pemandu lori kini pemandu di universiti.
Ceritanya, dia tidak menyangka kehadiran Shahidan, dia boleh mendapat pekerjaan yang boleh dibanggakan walaupun sebagai seorang pemandu di sebuah universiti terkenal di utara Malaysia, UNIMAP.
“Saya terharu, begitu ramai sahabat kami yang kini sudah keluar daripada fasa kemiskinan, mendapat kerja lebih baik untuk bantu keluarga.
“Masih ingat kisah yang diceritakan orang di mana Shahidan dan isterinya, Datin Seri Shamsiah terpaksa bergolok gadai tanah demi kepimpinan politik untuk membantu orang lain, khususnya rakyat Perlis dan umumnya rakyat Malaysia,” katanya kepada Wacanakini.com.
Tambah Zamri, kegigihan Shahidan bukan sekadar itu sahaja, malah beliau berusaha mewujudkan rakyat Perlis sebagai kaya ilmu.
“Memang nampak jelas sekali kesungguhannya, bagaimana Maktab Mara, IKBN, Maktab Perguruan dan UiTM Arau.
“Daripada situ kita nampak kesungguhan beliau merealisasikan visi misi untik menjana ekonomi Perlis, secara tidak langsung.
“Selain itu, beliau ewujudkan prasarana menarik, yang begitu teruja dan membanggakan.
“Contohnya dahulu di sini tiada lebuh raya, tiada jalan, tiada jalan alternatif hanya ada jalan kampung. Tetapi beliau naikkan pembangunan sehingga dia Kuala Perlis jadi terkenal dengan pelabuhan dan sebagainya Alhamdulillah ada macam-macam kita nampak.
“Semua ini kesungguhan dan kegigihan beliau bukan sahaja mahu rakyat keluar dari kemiskinan, sediakan peluang kerja malah memastikan prasarana yang cukup selesa untuk rakyat,” katanya.