spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Imam terawih terkejut dipinang gadis

- Advertisement -spot_img

Mohd Nor Wahid

KEPERIBADIAN soleh selain kelunakan suara seorang Imam telah membuatkan hati seorang gadis cair dan terus jatuh cinta kepadanya.

Seorang Imam bernama Hakim Arrazali terkejut apabila seorang wanita berani meminangnya untuk dijadikan suaminya.

Menerusi laman Facebook miliknya, Hakim berkongsi kisah mencuit hati di mana dia telah menerima sepucuk surat ‘pinangan’ dari seseorang selepas selesai mengimamkan solat tarawih.

Menurutnya, surat yang lengkap di dalam sampul tersebut diletakkan di dalam raga motosikalnya.

Menerusi klip video dimuat naik di media sosial, Hakim menanyakan kepada imam-imam lain tentang sekiranya mereka juga pernah menerima surat seperti itu.

“Nak tanya, imam-imam tarawih pernah dapat macam ini tak,” katanya.

Tambah menarik perhatian ramai adalah mengenai isi surat tersebut dan diselitkan juga wang kertas RM50 di dalam sampul berkenaan.

“Assalamualaikum ya akhi (abang), saya masih mencari bakal imam, jika akhi sudi,” tulis surat tersebut.

Pengirim itu turut meninggalkan nombor telefon agar mudah untuk dihubungi kelak.

Bagaimanapun Hakim menegaskan dia belum bersedia melangkah ke alam rumah tangga dan tidak akan mudah mengambil kesempatan mempermainkan perasaan wanita itu.

Kalau ada yang dapat macam ini, gunalah cara yang halal (menikah), jangan sesekali guna cara haram (bercinta),” pesannya.

Tinjauan di ruangan komen, pelbagai reaksi netizen boleh dibaca yang rata-ratanya terhibur dengan kisah yang dikongsikan.

“Suara imam sedap sangat masa baca surah waktu solat tarawih, sebab itu ada yang jatuh hati nak kenal,” komen seorang pengguna.

“Imam muda, kacak macam ini aku pun cair,” kata netizen.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases