spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Ideologi yang sama pastikan BN terus kukuh, tidak rapuh – Najib

- Advertisement -spot_img

Mohd Nor Wahid

IDEOLOGI yang sama akan memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata, asas untuk mewujudkan kerajaan yang kukuh dan meyakinkan tidak akan menjadi kenyataan jika gabungan atau kerjasama dibentuk tidak berasaskan ideologi yang sama.

“Saya percaya Umno dan BN walaupun bertanding sendiri, insya-Allah ada peluang untuk menang berdasarkan kemenangan di Melaka dan Johor walaupun tentangan lebih hebat (PRU akan datang).

“Umno dan BN akan terus istiqamah untuk menjamin kemenangan dalam PRU akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis berbuka puasa anjuran Umno Bahagian Petaling Jaya hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu mengulas, bukan sesuatu yang mudah untuk membentuk satu kerjasama politik apabila setiap parti memiliki ideologi dan prinsip yang berbeza.

“Pakatan yang tak selari dari segi ideologi dan dasar-dasar utama negara tak mungkin kekal, kalau pun berlaku tapi rakyat faham masa depan mereka tak terjamin kalau pakatan tak jujur, tetapi mengambil kesempatan semata-mata nak meraih kemenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan parti itu bersedia menyertai agenda ‘khemah besar’ dibawa blok pembangkang, apabila menyatakan kesediaan berunding dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRU15.

“Itu pilihan dia tapi kita harus sedar bahawa tak semudahnya dia boleh kerjasama dengan semua pihak, ini berdasarkan pengalaman PH 1.0 dulu, jangan jadi PH 2.0 iaitu pakatan yang rapuh,” ujar Najib. – Wacanakini

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases