spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

I’ m done, Puteri Sarah Liyana beri bayangan status rumahtangga hancur

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Pelakon, Puteri Sarah Liyana meluahkan sudah cukup buatnya bertahan dalam kemelut rumahtangganya akibat orang tengah.

Isteri kepada pengarah filem, Syamsul Yusof berkata beliau sudah sedia untuk hidup tanpa suaminya itu jika itu takdirnya.

“I’ m done, saya sudah cukup dengan persekitaran toksik, Sarah nak kerja, nak fokus tunaikan Umrah minggu depan dan masa depan anak-anak.

“Nak jaga diri, kesihatan mental saya. Lihat IG Stories Sarah hari ni.

“Sekarang saya terbabit dalam program-program CSR bantu masyarakat dengan kerjasama MySetiawanga, ini lebih positif,” katanya kepada pemberita yang ditemui ketika program Petrol Percuma untuk Penunggang P-Hailing dan Frontliners di Stesen Petron Sri Rampai, anjuran MySetiawanga di sini hari ini.

Tangkap layar IG Puteri Sarah Liyana memberi mesej yang jelas kepada Ira Kaza dipercayai orang ketiga yang menganggu hubungannya dengan Syamsul sejak empat tahun lalu.

“Assalamualaikum dari dulu until now I diganggu dengan fake account, diganggu dengan komen-komen yang menyakitkan hati I tapi tak apa I sabar. U kacau mental I dari 2019 lagi sampai kitaorang dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Bila kitaorang berbaik, U ugut suami I pulak. Hari ni I tengah busy dengan anak-anak, tiba-tiba I terima berita yang menyakitkan selama ni, apa U buat U kacau I, I diam je dan sebab I nak jaga nama baik family. Tapi kali ni rasanya U dah lebih sangat. Siap cakap pasal anak-anak I. U tu orang luar tak perlu masuk campur. What happened right now U and d rest of the world cuma tahu surface sahaja. Kalini cukuplah U ganggu I lagi-lagi bila I nak pergi Umrah. Four years I menanggung di bulan baik ini, I doakan korang berdua, Ira Kaza dan suami I diberi hidayah. Berhati-hati doa orang yang teraniaya itu Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa.

Catatan kedua Sarah berbunyi :

Tak silap I, U dah ada boyfriend kan Ira Kaza? Semuanya tak kekal. Also baru-baru ni pun U ada BF kan? Mana pergi semua BF2 U? Kenapa nak kena kejar suami orang lagi? Memang takde maruah ke hadap suami orang? Sebab nak harta dia? Grow up and worklah girl even I pun working cari duit sendiri. Jangan ambil jalan mudah minta duit dekat suami orang. Selama four years I diam, membiarkan tapi makin lama U pijak kepala I.

Ketika ditanya adakah beliau bersedia untuk melepaskan rumahtanggannya, jawab beliau,

“Ya andai itu takdirnya saya terima redha. Hidup perlu diteruskan. Saya bukan hidup harap kesenangannya, dari dahulu saya tak bergantung padanya, ikhtiar hidup cari rezeki sendiri.

“With or without him, insyaallah saya dan anak-anak akan survive, saya ada keluarga dan keluarga mentua yang sentiasa beri sokongan moral dan mental, mereka tahu susah senang saya selama ini,” katanya.

Sebelum ini , kisah rumah tangga pasangan selebriti itu didakwa sedang dilanda masalah sehinga mendapat perhatian netizen.

Sarah juga mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan dia mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia ‘dingin’.

Syamsul juga mengaku mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu bercerai.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases