Mohd Nor Wahid
KEBAJIKAN golongan asnaf dan kurang berkemampuan di sekitar Kuala Lumpur tidak sesekali dilupakan ketika umat Islam rancak melipatgandakan ibadat di bulan Ramadan ini.
Malah kemeriahan Ramadan lebih bermakna sekiranya golongan yang hidup serba kekurangan ini dibantu terutamanya dalam membuat persiapan menyambut Syawal tidak lama lagi.
Justeru, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti 300 golongan asnaf dan miskin di setiap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk diberikan sumbangan.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim telah memberi sumbangan kepada 300 golongan asnaf di kawasan Parlimen Batu, hari ini.
“Penerima sumbangan terdiri daripada golongan ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan miskin bandar yan menetap di PPR awam, DBKL serta yang belum pernah menerima apa-apa bantuan lagi,
“Sumbangan sebanyak RM150 selain goodiea hari raya kepada 350 golongan asnaf di Parlimen Batu,” katanya.
Shahidam ditemui media selepas selesai majlis berkenaan yang diadakan di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur, hari ini.
