KUALA LUMPUR : Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkongsi gambar sebuah kenderaan asing beli petrol RN95 di stesen minyak Malaysia, yang sedang tular.
Beliau menjelaskan, petrol RON95 adalah bahan kawalan sebab diberi subsidi yang tinggi.
“Adalah melanggar Akta Kawalan Bekalan kerajaan jika menjual RON95 kepada warga asing.
“Pada ketika ini, petrol RON95 Malaysia pada harga RM2.05 satu liter adalah ke-11 paling rendah dalam dunia – lagi murah dari beberapa negara-negara pengeluar minyak besar dan negara teluk seperti Arab Saudi, Qatar, Bahrain, UAE, Jordan dan Oman.
“RON97 yang dibenarkan dijual kepada warga asing pula dijual dengan harga RM3.91 satu liter di Malaysia. Namun masih jauh lebih murah berbanding harga S$3.02 (RM9.37) bagi RON95 dan S$3.51 (RM10.90) bagi RON97 di negara jiran sebab petrol dikenakan cukai yang tinggi,” katanya menerusi FB miliknya.
Tambah Najib, berbeza dengan Malaysia di mana subsidi yang diberi untuk RON95 di Malaysia adalah sekitar RM1.70 satu liter.
“Jika warga asing isi 40 liter RON95 sahaja, kerajaan akan rugi RM68 wang rakyat kepada warga asing.
“Dengan pembukaan semula sempadan negara, saya percaya pihak berkuasa dan stesen-stesen minyak Malaysia akan memantau dengan lebih rapi,” katanya.
“Ada juga yang nak salahkan saya dalam ruang komen tapi hakikatnya ialah larangan menjual RON95 kepada warga asing mula dilaksanakan masa saya PM,” katanya.
Antara laporan media pada Julai 2010, Larangan Jual Ron 95 Kepada Warga Asing Tetap dilaksana 1 Ogos 2010 dan Permit (stesen minyak) Ditarik Jika Jual RON95 Kepada Kenderaan Asing.