spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

FMBA, DTFI rai 190 kanak-kanak istimewa

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) dan D’Tandoor Food Industries (DTFI) meraikan 190 kanak-kanak istimewa dan asnaf dalam majlis berbuka puasa malam Sabtu.

Ia adalah satu inisiatif FMBA dan DTFI yang merupakan gabungan persatuan dan dewan perniagaan yang terdiri daripada berbagai industri.

Pengerusi FMBA dan Pengarah DTFI, Datuk Abdul Malik Abdullah, berkata, dalam keadaan ekonomi sekarang, bukan saja sumber kewangan peniaga atau pengusaha yang terjejas tetapi banyak rumah-rumah kebajikan.

“Rumah kebajikan ini turut hilang sumber pendapatan kerana penyumbang dan penaja yang biasanya memberi bantuan telah berkurangan.

“Di FMBA dan DTFI, kami sentiasa prihatin terhadap keperluan rakan-rakan perniagaan dan adalah menjadi kebiasaan kami untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

“Maka dengan usaha bersama ahli-ahli FMBA dan DTFI kami mampu menjayakan majlis berbuka puasa ini,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan berkenaan.

FMBA bersama DTFI telah menaja 190 iftar kepada penghuni / ahli-ahli dari Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia (PPHM), Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Malaysian Indian Congress (MIC), anak-anak yatim serta golongan asnaf yang menjadi tumpuan perhatian dalam majlis ini.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases